Harga BITCOIN dijangka mencecah $60,000 USD tahun ini:Pengurus Dana
Phillip Nunn, Ketua Pegawai Eksekutif firma pelaburan berpangkalan di Manchester, Blackmore Group, tetap dengan ramalan bullish bahawa harga Bitcoin akan mencapai $60,000 USD pada 2018, menurut BusinessCloud.
Beliau, yang juga merupakan salah seorang konsultan projek wang digital (ICO), memberitahu pemberita bahawa beliau percaya kepada ramalan harga wang digital tersebut mencecah nilai $ 6,000 dan $ 60,000 pada tahun ini. Semasa berucap di KPMG Tech Manchester, beliau berkata bahawa harga tersebut semakin dekat dengan harga tertinggi sebelum ini. Walaubagaimanapun, menurut CCN indeks harga terkini Bitcoin diniagakan pada $ 6,700.
Beliau turut menambah:
"Ramalan itu berdasarkan, pertama sekali, turun naik pasaran yang kita alami pada masa kini. Saya rasa itu benar-benar jelas. Saya benar-benar berdiri dengan ramalan saya."
CEO tersebut bagaimanapun berkata, nilai yang wujud dalam pasaran crypto sekarang datang dari pelabur runcit dan bukan institusi awam, yang menurut beliau bermaksud "itu semua menjelaskan tentang kewujudan sentimen pasaran." Ini menunjukkan bahawa lambakan berita buruk (tentang Bitcoin) boleh menjejaskan pasaran, dan industri ini masih kecil, "wujud manipulasi pasaran."
"Tiada pintu masuk pada masa ini," katanya. "Jika anda seorang pengurus dana pencen dengan modal sebanyak £5 bilion pound sterling dan anda mahu mengambil kedudukan 5 peratus dalam mata wang crypto, anda akan merugikan dana pelabur kerana turun naik yang besar dalam pasaran."
Usahawan itu kemudian ditanya tentang laporan yang mendakwa harga Bitcoin dan mata wang digital lain bakal menghadapi pembetulan sebanyak 90 peratus. Ianya sebuah keadaan yang menyebabkan "wipeout pasaran semasa" dan bakal berlaku dalam tempoh 12 bulan lagi. Laporan tersebut diterbitkan oleh bank pelaburan GP Bullhound.
Laporan tersebut menjelaskan bahawa pembetulan akan menghapuskan pelbagai cryptocurrencies dan syarikat berkaitan, namun beberapa mata wang digital akan selamat. Nunn mengatakan laporan tersebut "terlebih sensasi" namun dia bersetuju sebilangan mata wang digital akan hilang.
"Realitinya adalah tiada siapa yang tahu berapa ramai akan gagal. Perbezaan yang ketara adalah, dahulu anda hanya mampu mendapatkan $ 2 juta daripada VC, namun kini ada yang telah mendapat modal sehingga $ 50 juta. Saya rasakan lebih banyak start-up yang akan berjaya di masa hadapan."
Selain dari bersikap bullish pada pasaran Bitcoin, Nunn juga merupakan seorang penyokong teknologi Blockchain. Seperti maklum, beliau menyatakan bahawa teknologi tersebut bakal merubah setiap industri di setiap negara seluruh dunia kerana percaya bahawa kita semua akan meninggalkan zaman teknologi maklumat dan pergi ke zaman teknologi nilai.
Sumber: CCN
#RWTL5625
Baca:
Teknik Mudah Tetapi Menjadi Untuk Dapatkan Bitcoin dalam Masa 10 Minit
Sumber: CCN
#RWTL5625
Teknik Mudah Tetapi Menjadi Untuk Dapatkan Bitcoin dalam Masa 10 Minit