5 Perkara yang Jack Ma Akan Lakukan Selepas Bersara yang Patut Dicontohi

Mogul perniagaan e-commerce Alibaba tersebut, telah mengumumkan tarikh persaraan beliau hari ini. Menurut Jack Ma, beliau akan melepaskan jawatan pengerusi Alibaba kepada Daniel Zhang pada 10 September 2019, setahun dari sekarang. 1. Apa yang menarik ialah, Jack Ma akan kembali kepada profesion asal beliau iaitu seorang guru bahasa inggeris. "Saya belajar banyak perkara hebat daripada Alibaba, kini saya bertanggungjawab untuk berkongsi ilmu yang saya dapat ini kepada umum." 2. Dalam surat terbuka Jack Ma kepada pekerjanya. Beliau mengatakan Hari ini, kami meraikan ulang tahun ke-19 Alibaba, saya teruja untuk berkongsi beberapa berita dengan anda: dengan kelulusan lembaga pengarah kami, satu tahun dari hari ini pada September 10, 2019 yang juga jatuh pada ulang tahun ke-20 Alibaba, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Daniel Zhang akan menggantikan saya sebagai pengerusi lembaga Alibaba Group.Manakala selebihnya sebagai Pengerusi Eksekutif dalam tempoh 12 bulan akan ...