5 Perkara yang Jack Ma Akan Lakukan Selepas Bersara yang Patut Dicontohi
Mogul perniagaan e-commerce Alibaba tersebut, telah mengumumkan tarikh persaraan beliau hari ini. Menurut Jack Ma, beliau akan melepaskan jawatan pengerusi Alibaba kepada Daniel Zhang pada 10 September 2019, setahun dari sekarang.
1. Apa yang menarik ialah, Jack Ma akan kembali kepada profesion asal beliau iaitu seorang guru bahasa inggeris.
"Saya belajar banyak perkara hebat daripada Alibaba, kini saya bertanggungjawab untuk berkongsi ilmu yang saya dapat ini kepada umum."2. Dalam surat terbuka Jack Ma kepada pekerjanya. Beliau mengatakan
Hari ini, kami meraikan ulang tahun ke-19 Alibaba, saya teruja untuk berkongsi beberapa berita dengan anda: dengan kelulusan lembaga pengarah kami, satu tahun dari hari ini pada September 10, 2019 yang juga jatuh pada ulang tahun ke-20 Alibaba, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Daniel Zhang akan menggantikan saya sebagai pengerusi lembaga Alibaba Group.Manakala selebihnya sebagai Pengerusi Eksekutif dalam tempoh 12 bulan akan datang, saya akan bekerjasama rapat dengan Daniel untuk memastikan peralihan yang lancar dan berjaya. Selepas itu, saya akan kekal menjadi ahli lembaga pengarah Alibaba mesyuarat tahunan pemegang saham pada tahun 2020.
3. Jack Ma telah berjaya memperjuangkan satu "Jalan Sutera digital" untuk melengkapkan Inisiatif Belt and Road Beijing. dan secara amnya beliau masih lagi bertindak sebagai salah seorang muka depan kerajaan China, bercakap kepada mesyuarat-mesyuarat seperti di Davos.
4. Jack Ma merupakan ahli kongsi seumur hidup Alibaba. Perkongsian sebanyak 36 anggota tersebut, berfungsi untuk mencalonkan beberapa ahli lembaga pengarah selain bertindak sebagai pembawa obor untuk misi korporat kumpulan dan budaya. Beliau juga merupakan pemegang saham yang telah melabur bersama dengan Alibaba melalui dana Yunfeng Capital beliau.
5. Jack Ma ialah seorang dermawanan. Menerusi Alibaba dan tabung dana yang ditubuhkan. Beliau menyumbangkan dana untuk membantu membasmi kemiskinan, serta perkara yang sehaluan dengan polisi kerajaan seperti melindungi alam sekitar; dan menambah kualiti pendidikan.
Baca:
Teknik Mudah Tetapi Menjadi untuk Dapatkan Bitcoin dalam Masa 10 Minit