7 Fakta tentang Bitcoin yang anda patut tahu
7 Fakta tentang Bitcoin yang anda patut tahu
Berikut adalah definisi bitcoin: ianya merupakan satu sistem pembayaran digital yang wujud di internet. Tetapi sebenarnya bitcoin bukan hanya ‘sistem pembayaran digital’. Ianya lebih daripada itu.Bitcoin adalah satu teknologi yang baru jadi ianya mungkin mudah untuk anda memikirkannya sebagai kombinasi beberapa perkara:
1. Pertama, Bitcoin merupakan sistem pembayaran untuk produk dan servis, sama seperti kad kredit.
2. Kedua, Bitcoin merupakan sistem pembayaran peer-to-peer (individu ke individu) yang tidak memerlukan pembabitan orang tengah seperti bank atau institusi kewangan.
3. Ketiga, Bitcoin adalah seperti emas (sejenis logam berharga) kerana jumlahnya terhad. Perbezaannya ialah Bitcoin boleh ditukar milik dengan cepat secara online.
4. Keempat, Bitcoin adalah seperti Internet di mana tidak ada individu, negara atau entiti yang menyelia atau mengawalnya.
5. Keempat-empat faktor diatas ini berkerjasama malah saling memperkukuhkan antara satu dengan lain. Jadi sekarang kita mempunyai satu produk baru – Bitcoin – yang merupakan sistem pembayaran yang berharga, mudah, efektif dan efisien!
6. Bitcoin dibahagikan kepada 9 angka dan unit yang paling kecil (0.00000001) dinamakan ‘satoshi’ sempena nama pengasasnya.
7. Simbol yang digunakan untuk mewakili bitcoin ialah BTC.
Dan oleh kerana satu dunia masih pening akannya, ada orang mengklasifikan bitcoin sebagai currency. Ada pula yang tak setuju. Lalu mereka memanggilnya digital cash, cryptocurrency, electronic money dan malah virtual currency! .
ROAR WITH THE LION
#rwtl5625